ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon

Suhana Veru

Kongsi melalui

XV ini dikatakan antara model terpenting buat Subaru. Ia merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi jentera ini, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia Motor Image Malaysia Sdn.Bhd memberi peluang kepada pasukan Caricarz untuk merasai pemanduan sebenar Subaru XV Edisi GT.


Nyata, pasukan Caricarz  tidak melepaskan peluang menikmati setiap momen pemanduan jentera ini.

Untuk makluman anda, Subaru XV Edisi GT ini ditawarkan pada harga RM137,788 (di atas jalan tidak tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Selain mengenai harga, perbezaan antara Edisi GT dan dua varian lain - 2.0i and 2.0 iP ialah tampil dengan kit badan yang lebih sporty, roda 17 inci, sistem infotainmen Android Auto dan Apple CarPlat serta kamera  pemantau 360-darjah.


“XV Edisi GT memiliki penampilan yang lebih sporty manakala corak rim aloi bersaiz 17 inci pula kelihatan seolah-olah seperti bunga,” kata Pengacara video Caricarz, Shaun Stephen.

Melihat kepada saiz, XV Edisi GT mempunyai ukuran panjang 4,465mm, lebar 1,800 mm dan tinggi 1,615 mm manakala jarak kelegaan tanah pula ialah 220mm. Ia hadir dengan kapasiti tangkI 63 liter dan ruang butnya yang sebesar 345 liter mampu membawa sejumlah bagasi bersaiz sederhana untuk percutian hujung minggu buat sebuah keluarga kecil.


Subaru XV Edisi GT ini dijana dengan enjin boxer aspirasi natural (NA) 2.0L Suntikan Terus Boxer dan dipadankan dengan transmisi Lineartronic  CVT 7-kelajuan.

Oleh itu ia mampu menghasilkan 154 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm.

Malah, Subaru mendakwa bahawa XV mampu mencapai kelajuan dari 0-100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 10.4 saat manakala, kelajuan maksimum pula sekitar 194 km/j.

Berdasarkan beberapa ujian, enjin jentera ini mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi  setiap 100km.


Bagaimanapun, penulis pula kurang bersetuju dengan kenyataan Shaun.

Bagi saya, kadar pecutannya amat selesa, ia mampu memecut 100km/j dengan begitu mudah. Apa yang lebih menarik, anda tidak akan berasa tersentak ketika gear ditukar.

Jentera ini memiliki kelajuan yang cukup memadai kerana ia dilihat mampu mengatasi kelajuan trak dan treler di lebuh raya. Ia dilihat mampu memecut melebihi had jika pemandunya terlepas pandang meter lajunya.

Ketika menyelusuri jalan yang berangin, XV dilihat memberi kesan  cengkaman yang lebih padu semasa melalui jalan berselekoh dan penukaran gear secara berterusan juga tidak langsung dirasai. 

Malah, pasukan Caricarz juga tidak berasa bahawa mereka berada di tempat duduk belakang SUV itu  sebaliknya kami berasa seolah-oleh memandu kereta coupe atau sedan, terima kasih kepada  Platform Global Subaru.

Platform Global Subaru baharu kini menawarkan kedudukan yang lebih rendah manakala, steering rack pula dikatakan telah dikemaskini dan casisnya juga cukup kuat.

Ia meningkatkan pemanduan dan  menstabilkan roda depan ke arah perjalanan garis lurus. Platform itu juga menyerap hentakan jika berlakunya kemalangan.


Antara aksesori lain yang terdapat pada Subaru XV Edisi Gt termasuk lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C, roda stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit pelapik pedal aluminium, rel bumbung dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Terdapat juga fungsi mod-X, kawalan pelayaran, pedal syif, paparan skrin sentuh lapan-inci, kombinasi lampu belakang jenis LED, lampu kabus hadapan, kerusi pemandu boleh dilaraskan dan brek parkir elektronik.

“Rasanya amat menyeronokkon sebaik anda melangkah masuk ke dalam kereta ini,” akui Shaun.

Apa yang boleh dikatakan ialah ruang Subaru XV Edisi GT ini sememangnya luas. Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki ketinggian lebih 190 sentimeter berkemungkinan berpendapat ruang antara kepala agak rendah. 

Sebilangan besar enjin dan bising angin telah disenyapkan tetapi bunyi tayar masih kedengaran dengan jelas.

"Ruangnya agak besar, ia sememangnya selesa,” ujar Shaun.


Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, jentera ini dilengkapi dengan tujuh beg udara, sistem brek anti-kunci, Agihan Brek Elektronik, bantuan brek, kawalan dinamik kenderaan, bantuan mula-daki, kamera-360 dan kerusi keselamatan kanak-kanak, ISOFIX.

Secara keseluruhannya, pasukan di Caricarz berpeluang menikmati momen yang menyeronokkan dengan Subaru XV Edisi GT. Bagaimanapun, biarpun terdapat kelebihan dan kekurangan pada kereta SUV ini, namun hakikatnya terdapat beberapa penambaikan.

Namun, ia kelihatan lebih sempurna sekiranya XV ini dilengkapi dengan ventilasi penghawa dingin di bahagian belakang dan teknologi bantuan pemandu, Eyesight. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPU2740

SELANGOR

BSJ2549

JOHOR

JYH6159

PULAU PINANG

PRU4970

PERAK

APB5426

PAHANG

CFD6406

KEDAH

KGC4781

NEGERI SEMBILAN

NEH2864

KOTA KINABALU

SJM9604

KUCHING

QAB2941M

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025
Global

07-02-2025
Global

20-01-2025
Global

23-12-2024
Berita Auto

02-11-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.