SUV Ini Amat Sesuai Untuk Golongan Yang Sudah Berkeluarga Termasuk Golongan Korporat!
Suhana Veru
27-9-2021
Saya yang cuma memiliki ketinggian sekitar 1.57 sentimeter pada mulanya agak gusar apabila diarahkan menjalani pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-8 baru-baru ini.
Manakan tidak, SUV ini dikatakan untuk golongan bapa atau pendek kata bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Namun, itu tidak penjadi penghalang untuk saya bagi menguji prestasi SUV ini biarpun perasaan gemuruh membelenggu ketika berada di Pusat Servis Mazda di Shah Alam, Selangor.
Sebaik Pegawai Perhubungan Awam Mazda menunjukkan Mazda CX-8 2.5 G SkyActiv-G 2WD High berwarna Jet Black untuk dibawa pulang, ketika itu terdetik di hati penulis bahawa jentera ini salin tak tumpah dengan Mazda CX-5 dan Mazda CX-9.
Bila sahaja enjin dah hidup, dup dap dup dap tetapi sebelum itu saya sempat bertanya beberapa soalan kepada pegawai terbabit berhubung jentera ini!
COPY PASTE MAZDA CX-5, CX-9?
Menjengah rekaan luar dari bahagian hadapan Mazda CX-8, ia sama seperti Mazda CX-5 manakala, bahagian belakang pula seolah-olah copy paste Mazda CX-9.
Begitupun, ia dibezakan dengan pemadanan gril dimana model lebih panjang ini dipadankan dengan gril bersama-sama elemen slat mendatar seperti CX-9 berbanding mesh pada CX-5.
Sebaliknya, ia agak berbeza dari ukuran dimensinya memandangkan panjang CX-8 ialah 4900mm, lebar 1840mm, dan tinggi 1730mm. Ia 17 cm lebih pendek dan 13 cm lebih kurus berbanding CX-9.
Melihat pada rekaan luaran model ini, ia menampilkan gaya maskulin dan mewah diinspirasikan daripada elemen kereta sport terutama rim aloi 19-inci dengan tayar 255/55R19.
Biarpun ia dikatakan copy paste beberapa model Mazda yang lain, namun CX-8 ini menampilkan rekaan gril depan secara melintang yang cukup memukau kerana jika diamati dengan dekat, reka bentuknya agak berbeza sedikit.
Ia hadir dengan lampu depan dan lampu nyalaan siang adalah jenis LED manakala, lampu belakang pula kelihatan agak sporty! Jika ditenung lama-lama bahagian lampu nyalaan siangnya, ia seolah-olah merenung tajam ke arah anda!
Jika diamati dengan lebih dekat, design lampunya seolah-olah renungan seorang manusia yang tidak puas hati dengan kamu.
Jangan takut, saya bukannya nak takut-takutkan anda dan jentera ini bukannya berhantu sebaliknya, itu adalah hanya pandangan peribadi saya!
Kenapa saya katakan ia cukup ringkas?
Ini kerana ia hadir dengan garisan dinamik bermula dari hadapan sehinggalah ke bahagian belakang sebelum diakhiri dengan lampu belakang yang lebih nipis selain hadir dengan sistem ekzos berkembar.
Sebaik melangkah masuk ke ruang kokpit SUV ini, saya agak terperanjat apabila mendapati ruang kabinnya agak luas dan selesa.
Mana tidaknya, Mazda yang terkenal dengan ruang yang agak sempit pada bahagian kabin nyata tampil dengan satu kelainan yang berbeza apabila ia kali ini menawarkan ruang dalaman yang luas dan selesa.
Untuk makluman anda, 2.5L 2WD High hadir dengan enam-tempat duduk (2-3-2) dengan baris kedua menerima kerusi kapten dipisahkan dengan konsol perehat tangan dan pemegang cawan, serta upholsteri balutan kulit Nappa.
Jika awal tadi saya katakan , ia sesuai untuk golongan berkeluarga namun sekarang saya tidak menolak kemungkinan jentera ini juga sesuai digunakan untuk golongan korporat atau ala-ala bawa boss.
Saya yang cukup tertarik dengan barisan tempat duduk terakhir sekali tidak melepaskan peluang untuk merasai keselesaan di bahagian itu. Kerusi belakang juga boleh dijatuhkan untuk ruang 50:50 melalui butang kawalan yang terletak di ruang bagasi,
Maklumlah, jika duduk di barisan akhir SUV, ruangnya agak sempit sehingga menyebabkan seolah-olah sukar bernafas.
Malah, bumbungnya juga menyediakan ruangan kepala yang memadai untuk saiz ketinggian kebanyakan pemandu dan penumpang di negara ini.
Menyentuh mengenai kerusinya, ia dibaluti dengan kulit Nappa yang mewakili gred kulit berkualiti tinggi kerana apabila melabuhkan punggung, anda dapat merasakan kelembutan material kulitnya.
Bukan saya sahaja yang merasakan kelembutan kulit kerusi ini bahkan anak saya yang berusia enam tahun juga turut memuji kelembutan kulit Nappa ini.
Untuk makluman anda, kerusi di bahagian pemandu boleh dilaraskan kepada 10 arah dan nyata ia mementingkan keselesaan pemandunya terutamanya melakukan pemanduan pada jarak jauh.
Biarpun, hanya duduk dalam setengah jam di dalam kereta ini, seluruh badan seolah-olah menjadi beku apa tidaknya, bahagian depan sahaja terdapat sekurang-kurangnya empat pendingin hawa.
Ini tidak termasuk di bahagian barisan tempat duduk kedua dan ketiga kerana ia memiliki pendingin hawa masing-masing.
Maka, tidak timbul isu berebut pendingin hawa atau keringat basah di celah ketiak gara-gara kekurangan pendingin hawa!
Sebaik duduk di bahagian pemandu, terus melirik mata ke arah papan pemuka yang dibaluti dengan kulit sekali gus menonjolkan ruang yang sangat eksklusif dan sedap dipandang apatah lagi dipegang kerana bahan yang digunakan untuk membalut papan pemuka adalah lembut.
Benang yang digunakan adalah benang sebenar bukannya benang palsu ya!
Ia kelihatan terlalu ringkas dan sederhana. Malah, tiada daya tarikan di kabin dalaman namun saya mengakui ia mempunyai kekuatan dari segi kelebaran dan keluasan.
Kluster instrumennya pula hadir dengan kombinasi analog dan digital namun bahagian digitalnya kelihatan agak kecil. Sistem infotainmennya yang bersaiz 7 inci dikawal dengan menggunakan Mazda Connect selain turut disokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto serta terdapat enam pembesar suara.
Meninjau sistem infotainmennya, ia boleh dikatakan agak ketinggalan zaman berbanding dengan sistem terbaharunya yang terdapat pada Mazda 3 dan CX-30.
Sementara itu, bingkai yang mengelilingi skrin pada sistem infotainmen menyebabkan skrin itu kelihatan lebih kecil manakala, resolusi kamera 360 darjahnya menawarkan kualiti yang agak rendah.
Jadi, tidak banyak yang saya bolehkan kupaskan mengenai bahagian sistem infotainmennya namun masih banyak kelengkapan standard yang terdapat pada Mazda CX-8.
Antaranya butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, stereng multifungsi, fungsi pelarasan kuasa bagi kerusi pemandu dan sistem pendingin hawa tiga zon dengan corong belakang.
Meninjau bahagian ruang butnya, ia dikatakan berkeluasan lebih kurang 209 liter dan anda boleh meletakkan sekurang-kurangnya empat atau lima beg balik kampung.
Oh, nampaknya ruang khas ini membolehkan anda menyimpan barang berharga anda tanpa disedari orang luar.
Lebih menarik, terdapat juga port pengecas di bahagian but dimana anda boleh memasang plug vakum.
Di sini,saya juga ingin berkongsi ciri-ciri keselamatan yang ada pada Mazda CX-8 dan sudah tentunya Mazda terkenal dengan i-Activesense.
Ia juga hadir dengan Amaran Pelepasan Laluan, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Brek, Amaran Perhatian Pemandu, pemantau titik buta, sokongan brek bandar pintar, amaran lintasan belakang dan banyak lagi.
TEST DRIVE
Sebaik sahaja duduk di kerusi pemandu, saya sudah membiasakan diri dengan semua butang kawalan, pedal minyak dan stereng dengan pantas.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah pertama kali dalam hidup saya membawa kereta yang agak tinggi, lebar dan besar berbanding Proton X70.
Saya agak janggal sedikit dengan pedal minyak memandangkan ia agak jauh ke dalam sedikit selain pemijak pedalnya bersaiz panjang.
Sebaliknya saya mengambil sikap berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Saya mula perjalanan saya dari ibu pejabat Mazda dengan kelajuan yang agak sederhana.
Jentera ini diaktakan mampu menghamburkan kuasa 192 kuasa kuda dan 258Nm yang dibekalkan oleh enjin SkyActiv-G 2.5-liter . Ia nyata cukup untuk menggerakkan SUV seberat hampir 1.8 tan ini.
Malangnya, test drive kali ini agak hambar kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pandu uji hanya boleh dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Seperti sedia maklum, kita masih belum dibenarkan untuk rentas negeri.
Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk saya mencari beberapa tempat yang sesuai untuk menguji tahap keupayaan jentera ini.
Sebaik memegang sterengnya, ia agak berat sedikit berbanding kereta Proton X70 dan Lancer.
Dari segi pengendaliannya, ia agak selesa dan apabila saya cuba memecut kereta ini, ia sudah mula mengeluarkan satu isyarat pada skrin yang menunjukkan kelajuannya agak tinggi.
Malah, tahap kelajuan itu juga tertera pada bahagian cermin hadapan. Saya yang masih janggal dengan kereta SUV tujuh tempat duduk ini, menyebabkan kenderaan in terkeluar dari lorong tengah.
Dengan adanya ciri keselamatan sistem bantuan kekal lorong, ia seolah-olah “menarik” kenderaan untuk masuk semula ke laluan asal saya.
Untuk pengetahuan anda, ketika saya cuba memecut, saya dapat merasakan pengendalian kereta ini agak tersentap terutamanya ketika penukaran gear.
Bagi mereka yang mahu merasai kepuasan pemanduan boleh menggunakan opsyen transmisi manual dan mod sport bagi mendengar lebih deruman seakan-akan kereta lumba.
Namun ketika mod pemanduan sport, tindakbalas gear ketika memaksa gear turun dari gear 4 ke 3 terasa sedikit lambat. Saya rasa ia mungkin mahu melindungi gear dari “over rev” semasa melakukan “engine braking”.
Bagaimanapun, saya cukup tertarik dengan sistem suspensi yang ditala untuk mencapai keseimbangan antara prestasi dan keselesaan.
Sebagai pemandu, saya dapat merasakan bahawa olengan badan ditetapkan pada tahap minimum manakala sebagai penumpang, segala hentakan yang terhasil dari permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata diserap dengan baik.
Secara ringkasnya, biarpun ia sebuah SUV yang padat dengan tempat duduk namun Mazda dilihat amat menitikberatkan soal keselamatan kerana dengan adanya i-ActiveSense, ia sebenarnya bertujuan untuk mengesan potensi bahaya dan mengurangkan kesan kemalangan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.
Tahniah Mazda!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD3957
SELANGOR
BSE7452
JOHOR
JXX4674
PULAU PINANG
PRQ6532
PERAK
ANV7298
PAHANG
CFB7647
KEDAH
KGA5811
NEGERI SEMBILAN
NEF8764
KOTA KINABALU
SJK9417
KUCHING
QAB3616L
Terakhir Kemas Kini 19 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Berkaitan
Mazda CX-8 Facelift 2022, Harga Bermula RM178K
Bermaz Motor melancarkan SUV CX-8 2022, pagi tadi.
29-06-2022
Berita Terkini
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat