Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Suhana Veru
21-1-2022
Tahukah anda, bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.
Bangunan itu yang direka dengan begitu teliti menempatkan sejumlah besar kereta hyper sports.
Dua rekaan terbaharu, Chiron Pur Sport dan Chiron Super Sport merupakan ‘tetamu kehormat” pada majlis pelancaran bilik pameran berkenaan yang diadakan pada 16 November lalu.
“Berdasarkan maklumat, Arab Saudi merupakan salah satu pasaran yang terkuat buat kami.
“Jadi, untuk mewujudkan kehadiran yang lebih hebat di Riyadh selain menerusi bantuan rakan kongsi kami di Automotif Samaco, ia adalah satu pencapaian luar biasa yang kami nantikan,” kata Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran Bugatti, Hendrik Malinowski.
Bilik pameran di Riyadh ini menyediakan pengalaman istimewa yang sama seperti ibu pejabat Bugatti di Molsheim, Perancis.
Ia menampilkan gaya kontemporari dimana ia didominasi oleh reka bentuk yang agak canggih dan hasil seni yang halus.
Malah, Bugatti turut menganjurkan acara pandu uji keretanya buat julung kalinya di Arab Saudi, ketika pelanggan sibuk menerokai mengenai Chiron Pur Sport di Riyadh.
Dalam pada itu, Bugatti itu memilih Arab Saudi sebagai lokasi untuk membuat debut Chiron Sport 'Les Legendes du Ciel'.
Ia merupakan edisi eksklusif dalam memberi penghormatan kepada para pelumba legenda seabad lalu.
Para pelumba ini turut pernah mengerah keringat sebagai juruterbang pesawat pejuang dalam Tentera Udara Perancis.
Selain perasmian bilik pameran terbesar itu, Bugatti di Riyadh juga terlibat dalam perhimpunan automotif sempena Pameran Kereta Riyadh.
Dengan adanya, penonton dari seluruh dunia, nampaknya, Chiron Sport, Pur Sport, Super Sport dan Bolide dipamerkan bersama beberapa jenama kereta terkemuka dunia.
“Ciptaan Bugatti tiada tandingannya. Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan jenama itu ke Riyadh dimana ia sudah pun menjadi rumah kepada ramai peminat dan pelanggan Bugatti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Automotif Samaco, Sheikh Mohammed Raffa.
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPE5103
SELANGOR
BSF1029
JOHOR
JXY3826
PULAU PINANG
PRQ9759
PERAK
ANW1678
PAHANG
CFB8524
KEDAH
KGA7044
NEGERI SEMBILAN
NEG439
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB4306L
Terakhir Kemas Kini 28 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Terkini
RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing
Kerajaan akan perketat penjualan RON95 kepada warga asing menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tahun ini.
27-05-2025
Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah
Kerajaan sudah memutuskan untuk menggunakan dalam pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dibuat tidak lama lagi.
27-05-2025
Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu
Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada APAD menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor terjejas.
27-05-2025
Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ
Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.
26-05-2025
MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas
MBSA memperkenalkan inisiatif parkir percuma atau ‘Golden Parking untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, baru-baru ini.
26-05-2025
Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini
Selepas 10 tahun, BMW Group Malaysia menganjurkan semula pameran My BMW World 2025, bermula 13 hingga 15 Jun ini di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur.
26-05-2025
IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini
IJM menerima projek utuk melaksanakan kerja-kerja sambungan Lebuhraya NPE serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.
26-05-2025
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan
Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.
26-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat