ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-AMG-G63-MHEV-(17).JPG


Mercedes-Benz G-Class generasi terkini (W464)


Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan pencapaian penting bagi model ikoniknya, Gelandewagen atau G-Class. Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.


G580 EQ Technology Jadi Unit Ke-600 000


Mercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-3.JPG


Menariknya, unit ke-600,000 ini ialah varian terbaru versi elektrik sepenuhnya, G580 dengan EQ Technology, yang tampil bergaya dalam warna Obsidian Black. Model ini telah dilancarkan di pasaran tempatan awal tahun ini dengan harga bermula RM958,888.


Pencapaian ini dibuat dalam tempoh hanya dua tahun selepas rekod 500,000 unit dicapai. Bermakna, 100,000 unit telah dihasilkan dalam tempoh yang singkat, menunjukkan perkembangan pesat model ini. Sebelum ini, Mercedes-Benz memaklumkan pengeluaran daripada 400,000 unit kepada 500,000 mengambil masa tiga tahun, begitu juga daripada 300,000 kepada 400,000 unit.


Baca: Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888


Model Paling Banyak Disematkan Dengan Ciri Eksklusif


Selain pencapaian pengeluaran, Mercedes-Benz turut mendedahkan bahawa G-Class ialah model paling banyak diberikan sentuhan eksklusif. Lebih 90% pembeli memilih sekurang-kurangnya satu pilihan personalisasi Manufaktur. 


web_Mercedes-Benz-G-Class-600K-milestone.jpg


Unit ke-600 000 dihasilkan ialah varian elektrik, G580 dengan EQ Technology dalam warna Obsidian Black


Di pasaran luar negara, permintaan terhadap model ini cukup menggalakkan sehingga membuatkan harganya melambung tinggi dan senarai menunggu bukan hanya berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.


Mercedes-Benz G-Class Di Malaysia


MercedesBenz-G580-EQ-EditionOne-40.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-33.jpg


Di pasaran tempatan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menawarkan G-Class dalam versi elektrik sepenuhnya G580 dengan EQ Technology (kiri) dan varian prestasi tinggi Mercedes-AMG G63 (kanan).


Di Malaysia, selain varian elektrik G580 dengan EQ Technology, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut menawarkan versi berprestasi tinggi Mercedes-AMG G63 yang dijual pada harga RM1,948,888. Model ini dilengkapi enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang mampu menghasilkan kuasa 577 hp (585 ps) dan tork 850 Nm, membolehkan G63 menyempurnakan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.6 saat.


Baca: Mercedes-AMG G63 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.948 Juta


2024-Mercedes-AMG-G63-29.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-85.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-82.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-18.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-86.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-63.jpg


Mercedes-AMG G63


Walaupun ada beberapa laporan menyatakan bahawa jualan G-Class versi elektrik agak perlahan di peringkat global, permintaan terhadap model ini secara keseluruhannya kekal tinggi. Pengeluaran dijangka akan terus meningkat, dengan jumlah unit diunjurkan mencecah 700,000 dalam masa terdekat.

Baca: Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

mercedes-benz-g450d-stronger-than-the-1980s-front-with-original.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-11-2024
Global

08-05-2024
EV

24-04-2024
Global

27-03-2024
Global

04-12-2022
Kereta Baru

26-06-2025
Kereta Baru

13-06-2025
Global

08-05-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.