Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Cars Merupakan Satu-Satunya Pengeluar Kereta Yang Menerima Anugerah TSP Plus

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volvo XC40 Recharge yang menggunakan kuasa elektrik dengan sepenuhnya mengorak satu  langkah ke hadapan apabila  meraih penarafan TOP SAFETY PICK PLUS (TSP+) dari  Institut Insurans Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) yang terletak di Amerika Syarikat.

Ini menjadikan kereta SUV bersaiz kecil itu  mencatatkan rekod pada bulan lalu apabila Volvo Cars menerima penarafan TSP+ dalam tempoh satu tahun.


Volvo Cars juga merupakan satu-satunya  pengeluar kereta yang menerima anugerah TSP+ sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013.

IIHS memberikan memberikan anugerah itu kepada kenderaan yang dilengkapi dengan aspek keselamatan yang paling tinggi.

Pada Februari, Volvo Cars menerima sembilan anugerah TSP+ dan diikuti  lima anugerah pada Mac termasuk satu pada April.

Secara keseluruhannya, Volvo Cars berjaya meraih  15 anugerah untuk tahun ini sahaja.

Volvo Cars sememangnya menitik beratkan aspek keselamatan seperti Amaran Pra-Pelanggaran, brek kecemasan automatik dan digabungkan dengan ciri pengelakan pelanggaran pejalan kaki termasuk penunggang basikal.

 “Tanpa mengira jenis kerangka kereta, enjin atau trim, setiap Volvo menawarkan perlindungan yang inovatif jika berlakunya kemalangan.

“Kami berbangga apabila IIHS  memberi pengikitirafan dengan menyampaikan anugerah Top Safety pick Plus kepada setiap kereta, yang dihasilkan hari ini.

“Tiada syarikat lain yang menerima penghargaan seumpama ini dalam semua barisan pengeluar kereta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Volvo Car Amerika Syarikat, Anders Gustafsson. 

Volvo XC40 Recharge kini telah bergabung dengan kumpulan penerima TSP + Award Volvo. Berikut adalah kenderaan berikut yang telah menerima anugerah untuk tahun ini:

Berikut adalah kenderaan yang menerima anugerah pada tahun ini.

  • Volvo S90
  • Volvo S90 Recharge 
  • Volvo V90 
  • Volvo V90 Cross Country 
  • Volvo V60 Cross Country
  • Volvo S60
  • Volvo S60 Recharge 
  • Volvo V60
  • Volvo V60 Recharge 
  • Volvo XC40
  • Volvo XC60
  • Volvo XC60 Recharge
  • Volvo XC90
  • Volvo XC90 Recharge


Visi Volvo Cars adalah memastikan tiada sesiapa terbunuh atau cedera parah  di dalam kemalangan yang melibatkan kereta Volvo baharu.

Volvo Cars juga komited menawarkan inovasi di dalam sistem keselamatan seperti memperkenalkan had kelajuan 180 km/j, perlindungan daripada kecederaan akibat terkeluar dari laluan, serta penderia keselamatan terbaharu di dalam Volvo XC40 Recharge.


Gallery

Tag:

Volvo Cars
Volvo Car USA
Volvo XC40 Recharge
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60

Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.

05-06-2025
Global

Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit

Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran.

27-05-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024
Kereta Baru

Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh

Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah.

29-02-2024
Global

Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?

Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.

02-02-2024
EV

Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024

Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.

19-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Tiket Hari Raya Aidilfitri 2026 sudah mula dijual.

17-11-2025
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.

17-11-2025
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025