Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Elektrik Porsche Laku! Porsche Dedahkan Apa Yang Dibuat Untuk Menarik Lagi Ramai Pengguna

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche Asia Pasifik telah mencapai pertumbuhan sebanyak 28 peratus bagi suku pertama (Q1) 2021 yang mana sebanyak 827 buah kereta sport diserahkan berbanding tahun lalu.  




Pemacu kepada peningkatan yang memberangsangkan ini adalah teknologi elektrifikasi di mana 47 peratus daripada jualan yang dibuat adalah terdiri daripada kenderaan elektrik bateri (BEV) atau kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV).  Pencapaian ini meletakkan syarikat pada landasan yang tepat ke arah mencapai matlamat global yang ditetapkan iaitu supaya separuh daripada kesemua model baharu Porsche yang berjaya dijual adalah model elektrik atau hibrid menjelang 2025. 


"Cukup menaikkan semangat apabila pelanggan menghargai komitmen tinggi yang kami berikan. 


"Kenderaan hibrid dan elektrik sepenuhnya daripada kami mendapat penerimaan lebih daripada yang dijangkakan," kata Ketua Pengarah Eksekutif Porsche Asia Pasifik, Arthur Willmann. Syarikat telah menyerahkan kira-kira 150 unit kereta elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan kepada pelanggan pada suku ini. Penyerahan model ini menyumbang kepada hampir satu perlima daripada keseluruhan penghantaran yang dibuat.  


Pelancaran kereta versi elektrik sepenuhnya iaitu Taycan dan juga pengenalan kepada inisiatif bebas karbon akan terus menjadi fokus penting bagi Porsche Asia Pasifik pada tahun ini. 


Pengenalan Model Kereta Baharu




Model keempat dalam barisan kereta eletrik Taycan serta kereta baharu iaitu 911 GT3 bakal diperkenalkan untuk memenuhi impian pelbagai jenis citarasa peminat kereta Porsche.  


Kerjasama Dengan Shell Wujudkan Rangkaian Pengecasan Elektrik

Rantau Asia Tenggara terutamanya Singapura dan Malaysia menunjukkan prestasi jualan yang cukup memberangsangkan, menjadikan kedua-dua negara ini antara pasaran terpenting Porsche. Kedudukan ini bakal dikukuhkan lagi melalui inisiatif yang diambil oleh Porsche iaitu untuk mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik melalui usahasama dengan Shell. Kerjasama ini membabitkan enam buah cawangan Shell yang akan dilengkapi dengan kemudahan pengecasan arus terus (DC) 180 kW berserta dua penghubung CCS Type 2. Kemudahan yang disediakan ini merupakan pengecasan yang berkapasiti tertinggi bagi kedua-dua buah negara.  


Turut didedahkan, rangkaian jualan Porsche di Malaysia akan diperkembangkan lagi dengan pembukaan pusat jualan Porsche di Johor Bahru. 

Pameran "Driving Tomorrow"


Di Singapura, Porsche Asia Pasifik komited untuk membawa jenama ini kepada pengguna baharu dengan mengadakan pameran "Driving Tomorrow" yang telah diadakan di Lapangan Terbang Changi Singapura. 

Pusat Jualan Berkonsep Butik


Di samping itu, dedikasi yang ditunjukkan Porsche turut dapat dilihat melalui pelancaran pusat jualan kereta yang berkonsepkan butik mewah di Porsche Studio Hanoi, Vietnam. Pusat jualan ini  dilengkapi dengan fasiliti perpustakaan khas Porsche yang digabungkan dengan teknologi canggih. 

"Studio ini bukan sahaja membenarkan pengunjung melihat kesemua kereta yang dipamerkan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sebuah ruang seni dan pameran yang memaparkan hasil seni tempatan yang mencerminkan semangat inovatif syarikat dan juga komitmen syarikat terhadap usaha pembangunan mampan. Studio ini juga akan digunakan sebagai ruang acara," ujar Ketua pengurusan jenama dan kerjasama Porsche, Deniz Keskin.

Tag:

Porsche
Porsche Taycan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Porsche 911 Carrera S 2025 Kini Lebih Berkuasa – 473 HP, Tiada Versi Manual

Pengeluar kereta sport mewah Jerman, Porsche, membuka tirai tahun baharu dengan pengenalan varian terkini bagi model generasi 992.2, iaitu Porsche 911 Carrera S 2025. Model ini diberikan pelbagai peningkatan dalam aspek mekanikal dan rekaan.

11-01-2025
Berita Auto

Porsche Cayman GT4 RS Disita Sebab Tinggal Lebih Masa Di Semenanjung

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah.

16-10-2024
EV

Porsche Sentuhan 'Asia' Taycan Turbo S Celestial Jade Memukau Pandangan

Porsche memperkenalkan versi istimewa bagi model EV Taycan yang baru sahaja dikemaskini, khas bagi rantau ASEAN iaitu Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade.

08-09-2024
Gaya Hidup

Koleksi Puma Motorsport Musim Luruh-Sejuk 2024 Kini Boleh Dibeli – Dari RM185

Jenama pakaian sport terkemuka, Puma memperluaskan barisan produk Puma Motorsport melalui Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2024.

30-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025