- Berita
- Berita Auto
- Perjalanan Muzium Digital Porsche Sempena Ulang Tahun Boxster Yang Ke-25
Perjalanan Muzium Digital Porsche Sempena Ulang Tahun Boxster Yang Ke-25
Bagi meraikan Hari Muzium Antarabangsa yang ke-44, Muzium Porsche menayangkan pameran, edisi Boxster sempena ulang tahunnya yang ke 25 menerusi lawatan secara maya baru-baru ini.

Lawatan secara digital itu dilihat telah diubah suai sebagai bilik pameran bagi membolehkan peminat kereta Porsche di seluruh dunia dapat menyaksikan sejarah dan ciri-ciri kereta yang mengetengahkan teknologi mid-engine kereta lumba.

.Teknologi mid-engine mula digunakan sekitar tahun 1948. Ketika itu, Porsche 356 No. Roadster menggunakan teknologi tersebut .
Tahukah anda, ia merupakan kereta pertama yang dibina dibawah nama Porsche.

Pengarah Muzium Warisan Porsche, Achim Stejskal menyifatkan peredaran masa menuntut kita untuk berfikir dengan cara baharu.
“Kita telah menggunakan teknologi digital dan mengetengahkan asal-usul serta pengalaman Porsche dalam kejuruteraan automotif menerusi rangkaian model sejak sekian lama,” katanya.

Hasil karya bersejarah Porsche bermula di Porscheplatz, Zuffenhausen, Jerman menyebabkan sebuah muzium ditubuhkan yang boleh diakses menerusi laman sesawang Porsche di www.porsche.com/Museum.
Oleh itu, kesemua model Boxster, dari generasi lama hingga terkini dipamerkan dalam video berdurasi dua hingga tiga minit.

Justeru, para penonton boleh mengendalikan sendiri lawatan berpandu itu dan boleh memilih jenis kereta yang ingin disaksikan mereka menerusi dua jenis pilihan kenderaan.
Pada pameran itu, para penonton juga berpeluang menyaksikan pelbagai model Porsche termasuk kereta konsep Boxster dari Detroit yang pernah dipamerkan pada Pameran Motor Detroit sekitar tahun 1993.
Jentera itu merupakan hasil keluaran pertama pada tahun 1996 dan merupakan titik permulaan kejayaan Porsche di peringkat dunia.

Dalam pada itu, para penonton juga disajikan dengan kereta legenda 500 Spyder iaitu generasi lama kepada Boxster yang mempunyai berat sekitar 550 kilogram.

Ia dikatakan merupakan kenderaan pertama yang direka oleh Porsche untuk sukan permotoran dan juga kereta pertama yang mempunyai rev kluster.

Muzium itu juga mempamerkan model Roadster 984, iaitu sebuah prototaip kecil dan ringan di mana ia menandakan hala tuju konsep roadster Porsche.
Antara ciri unik jentera ini ialah ia dipadankan dengan enjin yang dipasang di bawah panel atau lebih dikenali sebagai sebuah enjin bawah lantai.

Turut dipamerkan ialah Porsche 914/4 yang merupakan keluaran tahun 1975.
Ia antara salah sebuah kereta dua tempat duduk yang paling banyak dihasilkan iaitu sebanyak 120,000 unit.
Malah, muzium berkenaan turut mempamerkan evolusi baharu mereka iaitu water-cooled boxer engine dengan menggunakan model keratan rentas 986 Boxster S.

Tidak ketinggalan, Boxster Bergspyder 909 keluaran 1968 turut membuat penampilannya pada pameran berkenaan.
Ia adalah kereta lumba satu tempat duduk dan merupakan generasi ketiga dengan rekaan dalaman 981.


Kereta yang seberat 384 kilogram ini merupakan kereta lumba paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Porsche.
Bagi meraikan ulang tahun berkenaan, Porsche turut melancarkan edisi Boxster sekali gus merupakan satu pengiktirafan kepada kereta konsep dari 1993 pada awal tahun 2021.



Bagaimanapun, ia telah dilancarkan pada awal tahun ini, manakala hasil rekaan ini adalah terhad memandangkan setakat ini, hanya 1,250 unit dihasilkan di seluruh dunia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/