Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PEC Itu Adalah Yang Ke-10 Dalam Dunia dan Ketiga di Amerika Utara

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pusat Pengalaman Porsche (PEC) yang terletak di Toronto, Kanada merupakan pusat Porsche yang ke-10 dalam dunia dan ketiga di Amerika Utara selepas Atlanta dan Los Angeles.

Bagaimanapun, bangunan itu dikatakan akan dibuka pada tahun 2024. PEC  ini terletak di atas tapak berkeluasan 80 hektar. Ia dibina di kawasan pembangunan Durham Live di Pickering, Ontario, Kanada.

PEC yang berkeluasan 400,000 kaki persegi merangkumi kawasan peruncitan, kasino, dewan konsert dan sebuah hotel mewah yang mengandungi lebih 300 bilik.

“Porsche bukan sekadar kereta. Porsche kini menjanjikan satu jenama yang unik selain menawarkan pelbagai produk.

“Hari ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa PEC  yang ke-10 ini terletak di Toronto yang merupakan sebuah bandar berkembang pesat selain memiliki sejumlah peminat kereta Porsche,” kata Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen. 

Untuk gambaran, konsep versi bandar pertama , PEC di Toronto ini akan menjadi satu taman yang berjenama selain bakal menjadi tumpuan utama pelancong.

Di situ, pegunjung berpeluang merasai pemanduan dinamik kereta sport dengan bimbingan pakar kereta.

Pelancong antarabangsa dan tempatan dikatakan berpeluang menikmati pemanduan sejauh 2 kilometer di litar lumba di kawasan berkenaan.

Ia bertujuan untuk mempamerkan kehebatan kereta sport dua dan empat pintu itu. Selain itu, para pengunjung boleh menyaksikan pameran kenderaan bersejarah.

Seiring dengan komitmen global Porsche untuk menghapuskan gas karbon di seluruh rantaian kenderaannya, maka PEC itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan stesen pengecas kenderaan elektrik.

Malah, sebuah firma reka bentuk, seni bina, kejuruteraan dan perancangan global, HOK kini sedang mereka bentuk bangunan itu dengan menggabungkan teknologi inovatif yang tertumpu pada kemampanan.

Pendek kata, PEC ini merukan sebuah pusat yang menampilkan konsep yang unik dalam industri automotif selain memberi peluang kepada pelanggan dan para peminatnya untuk merasai sendiri kereta sports dan produknya.

Ini bermakna, ia menawarkan pelanggan dan peminat nya untuk melibatkan diri dalam dunia jenama Porsche  tanpa mengira sama ada mereka mahu memiliki Porsche atau tidak.


Gallery

Tag:

Porsche
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026