- Berita
- Pandu Uji
- Mazda CX-30 Sporty, Harga Pun Boleh Tahan!
Tahukah anda, Mazda merupakan salah satu jenama kereta yang terhangat dalam pasaran kereta tempatan ketika ini.
Buktinya, apabila anda memandu di atas jalan raya, mungkin anda perasan, semakin ramai pengguna yang menggunakan kereta Mazda.
Apapun, kami di Caricarz berbesar hati kerana Bermaz Auto sudi meminjamkan Mazda CX-30 untuk melakukan pandu uji baru-baru ini.
Sebelum bercakap mengenai prestasi Mazda CX-30, kami akan mengupas mengenai reka bentuknya terlebih dahulu.
Apa yang saya lihat ialah ia merupakan pilihan terbaik untuk yang sudah berkeluarga.
Ia yakni dilihat sebagai Mazda tipikal. Apapun, gril hadapannya sememangnya tampak maskulin.
Menjengah bahagian belakangnya pula, CX-30 kelihatan agak menonjol. Ia kelihatan agak sama seperti CX-5, CX-8 atau CX-9.
Saya berpendapat reka bentuk bampar belakang perlu diolah dengan warna kerangka badan yang berbeza.
Bagi kami, CX-30 tidaklah begitu besar dan tinggi seperti CX-8 atau CX-9 seperti mana yang dianggap golongan wanita.
Hakikatnya, saiz jentera ini sudah cukup memadai.
Apa yang agak menarik ialah jika diamati jentera ini dari bahagian sisi, ia akan akan kelihatan seperti bentuk-S.
Persembahan yang cukup menarik!
Sebaik melabuhkan punggung di bahagian tempat kerusi pemandu, perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah bahagian konsol yang cukup ringkas.
Bahagian konsol ini diperbuat daripada material kulit dua kombinasi warna.
Dari segi pemanduannya, model ini digandingkan dengan enjin 2.0 liter SkyActiv-G dimana ia menawarkan pemanduan yang agak lancar.
Dengan enjin ini, saya cukup yakin prestasi pemanduannya tidak akan mengecewakan anda!
Menyentuh mengenai keselamatan,
Apabila merintangi halangan, sistem sensor brek aktif akan berfungsi. Ia mampu mengesan objek dan halangan yang paling kecil.
Ia dilengkapi dengan Paparan Head Up. Ketika memandu, maklumat seperti kelajuan semasa akan ditayangkan di bahagian cermin hadapan iaitu atas panel instrument dimana ia akan membuatkan anda diiringi dengan teknologi canggih.
Mengenai ruangnya, CX-30 tidak mempunyai kapasiti yang luas seperti mana yang kita sangkakan.
Apapun , ruang untuk pemandu dan penumpangnya amat selesa tetapi tempat kerusi belakang agak sempit namun sebenarnya ia masih selesa.
Walaupun ia kelihatan seperti mempunyai banyak ruang, petak belakangnya mungkin mengecewakan anda. Kapasitinya tidak begitu besar, dan seperti yang dikatakan hos Ian Cheang dalam video pandu uji Caricarz Cina, petak belakang tidak boleh memuatkan kereta dorong bayi, dan pintu belakang tidak mempunyai Kick Sensor.
Biarpun, ia kelihatan seolah-olah mempunyai ruang yang banyak tetapi ruang belakangnya mungkin akan mengecewakan anda.
Ruang butnya tidaklah begitu besar.
Menurut pengacara video, Ian Cheang, bahagian belakangnya tidak boleh memuatkan kereta sorong bayi manakala pintu but tidak mempunyai Kick Sensor.
Apapun, saya berpendapat Mazda CX-30 memang sporty berbanding pesaingnya. Tidak harianlah, warna apa yang anda pilih, ia tetap cantik.
Memandangkan ia merupakan model import sepenuhnya maka, harganya agak tinggi tetapi secara keseluruhan prestasinya luar biasa.
PENAFIAN: Pendapat ini adalah berdasarkan pandu uji penulis Caricarz, Chan Pei Wen.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari