Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Koleksi Shell Motorsport Kini Di Malaysia! Hanya Bayar RM30?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Shell Malaysia hari ini telah melancarkan koleksi sukan permotoran terbaharu, Shell Motorsport Remote Control Collection, yang akan bakal ditawarkan di stesen Shell di seluruh negara. 


Tujuh model ditawarkan dalam Shell Motorsport Remote Control Collection iaitu:

  • Ferrari SF90

  • BMW M4 Motorsport

  • Nissan Formula E Gen 2 Car

  • Hyundai i20 Coupe WRC

  • Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT

  • Team Penske Indycar

  • Team Penske Ford Mustang GT


Kesemua kereta ini tidak dijual secara serentak, tetapi akan ditawarkan satu persatu bermula daripada 8 Oktober hingga 8 Disember nanti. 


Koleksi istimewa dalam rekaan realistik pada skala 1:41 ini hadir dengan ciri yang menarik kerana menggunakan bateri pintar yang diintegrasikan dengan cip Bluetooth, bateri ini dibangunkan dengan kerjasama BrandBase



Teknologi yang digunakan ini membolehkan model kecil berenjin elektrik ini dikawal melalui aplikasi telefon pintar dan bukannya alat kawalan jauh biasa.




Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Shell Racing daripada App Store atau Google Play. 


Ini Dia Tiga Cara Untuk Dapatkan Shell Motorsport Remote Control Collection


Cara pertama: Isi minyak Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit untuk membeli satu kotak Koleksi Motorsport pada harga tambahan RM80.


Cara kedua: Isi minyak minimum RM50 dan beli model kereta atau bateri pintar Bluetooth secara berasingan dengan harga RM30. 


Cara ketiga: Isi minyak Shell Helix Lubricant 4L dan terima kereta lumba eksklusif Ferrari SF90 bersama satu bateri pintar secara percuma.


Keseronokan Tidak Terhenti Di Sini, Kerana Shell Juga Akan Mengadakan Acara Istimewa!


Orang ramai boleh merasai pengalaman berlumba yang ‘sebenar’ dalam litar lumba yang telah direka khas dalam acara yang akan diadakan di lokasi berikut:

  • KL Sentral (17 - 23 Oktober)

  • Mid Valley Megamall (26 - 30 Oktober)


Dalam acara yang sama, pelawat juga dapat melihat replika jentera lumba Hyundai i20 WRC yang telah memenangi Kejohanan Rali Dunia di Greece baru-baru ini. 

Baca: 3X Mata Ganjaran, Diskaun Shell Dan Sebagainya Bila Anda Tingkatkan Keahlian, Ini Caranya…

Baca: Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell

Baca: 3.1 Juta Penonton Saksikan Perlumbaan Akhir Vios Challenge Musim Ke-5!



Tag:

Shell Malaysia
Ferrari S90
Shell Motorsport Remote Control Collection
Shell V-Power Racing
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-02-2025
Berita Auto

09-05-2024
Berita Auto
Berita Auto

04-12-2023
Gaya Hidup

05-10-2023
Berita Auto

28-09-2023
Teknologi

21-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Berita Auto

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.

23-02-2026