Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Produk Tiggo Dilancar, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro

Suhana Veru

Kongsi melalui


Chery International, pengeluar kereta jenama Chery melancarkan dua produk baharunya, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro, di Indonesia baru-baru ini.

Ini bermakna Indonesia menjadi negara ASEAN yang menerima model pemanduan kanan pertama.

Tiggo 8 Pro merupakan kenderaan utiliti sukan yang bersaiz besar dimana ia menyasarkan golongan usahawan dan professional.


Jentera ini digabungkan dengan teknologi pintar termasuk panel meter LCD 12.3 inci, skrin sentuh kawalan iklim lapan inci, Around View Monitor 360-darjah, arahan suara serta lebih 10 fungsi Advanced Driver Assistance System (ADAS) bagi meningkatkan keselamatan.

Ia dipadankan dengan enjin 2.0 TGDI dimana ia mampu menghamburkan kuasa 254 PS dan 390 Nm tork.

Tiggo 8 Pro boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam masa 7.3 saat. 

Pada bahagian dalaman, terdapat tempat duduk kulit dengan fungsi memori, lapan pembesar suara Sony surround, pencahayaan ambien pelbagai warna serta bumbung panoramik yang luas.

Sementara itu, Tiggo 7 Pro kelihatan lebih kompak dan agak bergaya.

Berikut perincian Tiggo 7 Pro:

Lampu hadapan LED matriks pintar

Bumbung terapung

Ada panel meter LCD tujuh inci.

Skrin tengah 10.25 inci

Skrin sentuh kawalan iklim lapan inci

Kamera 360 darjah

Pintu belakang elektrik

Pengecasan peranti mudah alih tanpa wayar 

Terdapat juga ADAS yang  merangkumi fungsi kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan.

Kira-kira 22 cawangan jualan dan servis Chery kini berada dalam proses

pembinaan di sekitar Jakarta, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi.

Chery juga  berhasrat untuk  membina 70 cawangan jualan dan servis untuk pasaran Indonesia serta menyediakan lebih banyak kemudahan.

Di sebalik pelancaran Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro di Indonesia, ia menandakan permulaan penting ke arah produk yang lebih maju dan pintar bagi rakyat Indonesia pada masa hadapan, termasuk kenderaan tenaga baharu.


Tag:

Chery Tiggo 8 Pro
Chery Tiggo 7 Pro
Chery International
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery

Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.

04-04-2025
Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Berita Auto

Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas

Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.

18-09-2024
Pandu Uji
Berita Auto

Chery Tiggo 8 Pro Ditawarkan Dalam Warna Baharu! Hijau Elegan, Hanya 120 Unit

Chery Malaysia akan mengeluarkan 120 unit terhad Tiggo 8 Pro dengan warna eksklusif, Aurora Green.

03-04-2024
Berita Auto

Proses PDI Chery Malaysia: Selagi Tidak Capai Standard, Kereta Tidak Akan Diserahkan

Ini sebab penghantaran Chery Malaysia mengambil masa... Anda pasti puas hati dengan penjelasan diberi.

21-09-2023
Video

Chery Tiggo 8 Pro | Pilihan Tepat SUV Segmen-D

Chery Tiggo 8 Pro | Pilihan Tepat SUV Segmen-D

06-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025