Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PPR Seri Semarak (Foto: Zhafrah Sha)


Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila kereta diparkir di luar kawasan yang dibenarkan. Inilah nasib  penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak.


Lebih 400 petak yang sebelum ini digunakan sebagai tempat letak kenderaan 'dirampas' oleh projek pembangunan. 


Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) PPR Seri Semarak, Ahmad Faizul Muhamad Hasdi, 62, berkata, "Sebelum ini, penduduk dijanjikan parkir bertingkat, namun sehingga kini belum dibina lagi.


"Kini, tapak untuk parkir bertingkat sudah ditukar kepada Pusat Komuniti atas sebab tertentu, bagi kegunaan penduduk awam di seluruh Setiawangsa.


"Sekarang Pusat Komuniti sudah lama siap dan berada di bawah Pengurusan Jabatan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


"Namun, di mana mana hak (parkir bertingkat) kami yang DBKL janjikan," katanya yang masih menunggu maklum balas daripada PBT.


Situasi yang mereka alami menjadi semakin kritikal apabila DBKL membenarkan syarikat pemaju, SkyWorld menggunakan kawasan parkir warga PPR tersebut untuk membina jalan raya empat lorong. 


Pihak SkyWorld juga telah berjanji untuk membina ruang parkir di atas padang  JMB, PPR Seri Semarak, dengan surat keizinan yang telah pun dikeluarkan. 


DBKL berjanji akan menggunakan kawasan padang berhampiran untuk membina ruang parkir baharu (Foto: Shopee betta aquatic)


"Pengurusan SkyWorld juga sudah membuat pembentangan di Jabatan Perancangan Bandar DBKL dengan semua pihak termasuk persatuan penduduk dan JMB.


"Tetapi perkara ini sudah berlalu terlalu lama dan sehingga kini belum ditunaikan.


"Khabarnya mereka hendak membatalkan janji untuk membina kawasan parkir ini," katanya.


"DBKL juga sudah memutuskan keseluruhan pengurusan akan diserahkan kepada JMB yang baru dilantik dan tarikh yang disasarkan pada 31 Disember ini atau selewat-lewatnya 31 Januari 2023.


"Jadi, kami meminta kepada DBKL menyiapkan serta melengkapkan dulu semua isu fasiliti dan infrastruktur di PPR Seri Semarak sebelum penyerahan dilakukan," katanya.


Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Azmi Abdul Aziz, 58 berkata, isu ini juga kian meruncing kerana sikap sesetengah penghuni yang mementingkan diri sendiri. Ada antara mereka yang membiarkan kereta tersadai di tempat parkir sama bertahun lamanya. Apabila laporan dibuat kepada DBKL, alasan yang diberikan ialah depoh simpanan sudah tidak mampu menampung kenderaan lain. Kini terdapat sekitar 110 buah kereta yang tersadai. 


Ada juga sesetengah daripada pengguna  parkir tersebut bukanlah penduduk PPR tetapi orang luar yang meletakkan kenderaan untuk ke stesen bas atau LRT berdekatan. 


PPR Seri Semarak kini mempunyai bilangan penduduk hampir 8,000 dengan penggunaan kira-kira 3,000 kenderaan, jumlah parkir tersedia pula hanya 1,200 petak. 


Menurut Ahmad Faizul, isu ini sebenarnya boleh diselesaikan kalau pihak DBKL dan SkyWorld menunaikan janji yang telah dibuat kepada penduduk. 


Sumber: Harian Metro 


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok

Baca: Agak-Agak Salah Siapa? Yang Kopak Atau Double Park?

Baca: MBSJ Sedia Parkir Terhad 2 Jam Elak Monopoli Parkir, Trafik Sesak, Parkir Berlapis


Tag:

JPJ
dbkl
parkir
PPR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang

Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.

14-03-2026
Berita Auto

Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik

JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.

08-03-2026
Tips

Solat Terawih, Pakai Telekung Bonceng Motosikal? Ini Cara Elak Kemalangan

Awas! Telekung labuh boleh mengundang kemalangan.

23-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026