Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Saksikan Toyota Memburu Gelaran Juara Dalam Sepang 1000KM Edisi 2022 Hujung Minggu Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hujung minggu ini, pasukan Toyota Gazoo Racing (TGR) Malaysia daripada UMW Toyota Motor (UMWT) akan bersaing sekali lagi dalam Perlumbaan ketahanan tahunan Sepang 1000KM (S1K) untuk mengejar gelaran juara. 


Sebelum ini, Toyota pernah bertarung dalam perlumbaan edisi 2021 yang juga penampilan sulung mereka dengan kedudukan ketiga dan keempat bagi kelas MTC. 


UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing Malaysia akan mengambil bahagian dalam kelas MTC dan SP2 dalam perlumbaan tahun ini. 


Dua pelumba akan bertarung dalam kelas MTC untuk mengejar gelaran juara – kedudukan yang hampir dicapai dalam perlumbaan tahun lalu. Sementara itu, perlumbaan kelas SP2 pula akan menyaksikan seramai 15 pelumba beraksi dalam GAZOO Racing Vios Enduro Cup yang terbuka untuk semua generasi model yang bertanding dalam siri perlumbaan Vios Challenge dan Vios Sprint Cup.


Baca: Info Mengenai Toyota GR Corolla 300HP Terdedah Dalam Forum


Presiden UMW Toyota Motor Ravindran. K berkata, “Model seperti Yaris, telah berjaya menunjukkan pada Sepang 1000KM Edisi 2021 bahawa ia mempunyai kebolehpercayaan dan prestasi yang jelas untuk menjadi pemenang.


“Piala GAZOO Racing Vios Enduro yang sedang berlangsung menggambarkan lagi keupayaan Vios pengeluaran standard dan kereta yang sama telah mengharungi enam perlumbaan dalam Cabaran Vios dan empat lagi perlumbaan satu jam dalam Piala Vios Sprint tahun ini.” katanya.




Perlumbaan lebih sembilan jam itu bakal diadakan pada 18 hingga 20 November 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).


Baca: Cukup Agresif! Ini Dia Lakaran Bayangan Toyota Vios GR-S 2023


GAZOO Racing Vios Enduro Cup menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dengan Juara Keseluruhan berpeluang untuk membawa pulang sebanyak RM10,000! Naib juara akan menerima RM8,000 dan  tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000, RM4,000 dan RM2,000. 




Slot penyertaan GAZOO Racing Vios Enduro Cup adalaht terhad. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perlumbaan ini, pelumba dan pasukan yang terlibat, boleh hubungi wakil Pengurusan Perlumbaan UMW Toyota Motor, iaitu Janet di talian 016-367 3300. Anda juga boleh mengunjungi www.toyota.com.my


ARTIKEL BERKAITAN Baca: 3.1 Juta Penonton Saksikan Perlumbaan Akhir Vios Challenge Musim Ke-5!

Baca: Anak Muda Berusia 24 Tahun Juarai GR Velocity Esports Championship 2022

Baca: Cukup Agresif! Ini Dia Lakaran Bayangan Toyota Vios GR-S 2023

Baca: Info Mengenai Toyota GR Corolla 300HP Terdedah Dalam Forum






Tag:

Toyota
Toyota Gazoo Racing
perlumbaan
GAZOO Racing Vios Enduro Cup
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025
Global

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026