- Berita
- Teknologi
- Ada Berita Baik Buat Pengguna Shell, Kini Shell Ada App
Shell Malaysia melancarkan aplikasi terbaharunya, Shell App yang akan memudahkan para penggunanya untuk membuat pembayaran hanya dari kereta mereka.
Ketika ini, perkhidmatan itu sudah pun tersedia di 650 stesen Shell dan akan diperluaskan di seluruh stesennya selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Pengurus Besar Mobiliti Malaysia Shell, Seow Lee Ming berkata, aplikasi itu adalah aplikasi pembayaran bahan api yang pertama di negara ini yang menawarkan ciri pengesahan keselamatan 3-D Secure sebagai perlindungan keselamatan tambahan untuk pengguna.
"Malah, ia bukan sahaja bagi pembayaran lebih pantas malah boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran sambil mengumpul mata ganjaran dengan ciri bersepadu BonusLink daripada lebih 3,000 rakan niaga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Aplikasi ini juga membolehkan pelanggan memantau setiap mata ganjaran dan yang terkumpul. Ia juga memberi maklumat mengenai lokasi stesen Shell berdekatan, serta kemudahan seperti surau, ATM, Shell Care atau pusat cuci kereta di mana-mana stesen minyak berkenaan.
Bagi yang berminat, alikasi ini boleh di muat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
Untuk keterangan lanjut, layari www.shell.com.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/