Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-e.MAS-7-now-available-in-Trinidad-and-Tobago.png


Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.


Pelancaran ini menjadikan negara Caribbean itu sebagai pasaran antarabangsa kedua untuk e.MAS 7 selepas Nepal, sekaligus memperkukuh komitmen Proton untuk menembusi pasaran EV luar negara.


Pelancaran Rasmi & Pembukaan Pusat EV Baharu


Distributor-ANSA-Motors-at-Port-of-Spain,-Grand-Bazaar-Showroom-opens-new-dedicated-showroom-to-promote-EV-sales.JPG


Majlis pelancaran berlangsung di Port of Spain dan dirasmikan oleh Ketua Sektor ANSA Motors Limited, Jean-Marc Mouttet  dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Baharu, ANSA MCAL Ltd., Alexander Sabga. 


From-Left,-Jean-Marc-Mouttet,-Sector-Head-of-Ansa-Motors-Ltd,-March-Pontifex,-General-Manager-of-New-Vehicle-Sales-and-Daryl-Young,-General-Manager-International-Business.jpeg


Sebagai pengedar rasmi Proton di rantau Caribbean sejak tahun 2013, ANSA Motors turut mengambil inisiatif membuka bilik pameran EV berteknologi tinggi di The City of Grand Bazaar. Pusat ini bukan sahaja menawarkan pengalaman interaktif kepada pembeli, malah menyediakan khidmat sokongan dan pendidikan mengenai mobiliti elektrik.


Pasaran Kukuh, Lonjakan Permintaan


Trinidad dan Tobago bukanlah pasaran baharu bagi Proton, sejak mula dieksport ke negara itu, Proton telah menghantar 481 unit kenderaan, termasuk 271 unit Proton X50, 141 unit Proton X90 dan 44 unit Proton Saga. Sambutan positif terhadap model-model ini memberi laluan kepada kemasukan e.MAS 7.


Hanya 1 Varian Ditawarkan


image.png


Buat masa ini, hanya varian Premium model e.MAS 7 ditawarkan di Trinidad dan Tobago. Model yang menerima penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) ini menggunakan enjin dengan kuasa mencecah 215 hp (160 kW) dan tork 320 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.1 saat. 


Kuasa dibekalkan oleh bateri Aegis Short Blade yang berkapasiti 60.22 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan maksimum 410 km dengan satu cas penuh berdasarkan piawaian WLTP.


Model yang diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2024 kini merupakan model eksport ketiga paling laris Proton, selepas Proton Saga dan Proton X50.


Sasar Pasaran Baharu


Menurut Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa Proton, Edmund Lim Meng Thong, pelancaran ini mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyokong peralihan ke arah EV untuk pasaran eksport.


Beliau turut memaklumkan bahawa e.MAS 7 bakal dilancarkan di Mauritius dan Singapura menjelang akhir tahun ini.

Baca: Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka

Baca: Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

Baca: Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat – ASEAN NCAP 5 Bintang

Tag:

Proton e.MAS 7
Proton Trinidad dan Tobago
Proton Caribbean
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

12-01-2026
EV

02-01-2026
Teknologi

15-12-2025
EV

11-11-2025
EV

27-10-2025

Berita Terkini

EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026