Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

iCAUR Malaysia  buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM145,000) dan pacuan empat roda (iWD) RM155,000.

Varian 2WD dilengkapi motor tunggal pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa 136 PS dan tork 180 Nm, digerakkan oleh bateri 59.9 kWh Lithium Iron Phosphate (LFP).

image.png

Sementara itu, varian iWD menggunakan sistem dwi-motor dengan pacuan semua roda pintar, yang menjana kuasa gabungan 211 PS dan tork 292 Nm, disokong oleh bateri ternary lithium (NMC) berkapasiti 81.8 kWh.

iCAUR V23 2WD menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 401 km (NEDC), manakala varian iWD mencapai sehingga 501 km (NEDC). Mengenai trenkuasanya, , varian 2WD dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11 saat, manakala iWD hanya memerlukan 7.5 saat. Kedua-duanya mempunyai had kelajuan maksimum elektronik 140 km/j.

image.png

Dari segi dimensi,  V23 berukuran  4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar dan 1,845 mm tinggi, serta jarak roda sepanjang 2,735 mm. 

Bagi pengecasan, varian 2WD menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, manakala iWD sehingga 104 kW, dengan pengecasan AC 6.6 kW bagi kedua-dua varian.

image.png

Menariknya, iCAUR V23 turut dilengkapi fungsi “3.3 kW Vehicle-to-Load (V2L)”, membolehkan kenderaan ini membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan luaran.

Dari segi kejuruteraan, Casis V23 direka untuk ketahanan sebenar dengan sistem suspensi MacPherson strut di bahagian hadapan dan multi-link di bahagian belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan pemanduan.

Menjengah luarannya, iCAUR V23 menampilkan gabungan gaya minimalisme moden dengan pesona klasik SUV lasak. Bentuk petak yang tegas dipadankan dengan rim 19 inci (tayar 255/55 R19) bagi varian 2WD dan rim 21 inci (tayar 265/45 R21) bagi varian AWD.

Sementara itu, ia juga hadir elemen rekaan retro seperti kamera casis lutsinar 540-darjah definisi tinggi “Transparent HD Chassis Camera”, butang kawalan putar “rotary knobs” pada konsol Tengah, dan reka bentuk bumbung tinggi untuk ruang kepala.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, anda jangan risau mengenai ciri keselamatannya kerana ia hadir dengan  Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (Level 2 Advanced Driver Assistance System – ADAS), yang terdiri daripada kawalan jelajah adaptif (adaptive cruise control), amaran keluar lorong (lane departure warning), dan brek kecemasan automatik (automous emergency braking).

image.pngimage.pngimage.png

Untuk makluman iCAUR V23 dijangka dilancarkan pada suku keempat (S4) 2025, dengan harga anggaran antara RM145,000 (2WD) hingga RM155,000 (iWD). Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal, bermula hari ini, sebelum pelancaran rasmi.

Untuk maklumat lanjut, layari  www.icaur.my. 





Gallery

Tag:

iCAUR
iCaur V23
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-01-2026
Berita Auto
Kereta Baru
EV

07-11-2025
EV

06-10-2025
EV

02-10-2025
EV

23-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026