ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-4.jpg


Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024


Baru-baru ini, CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-5 generasi kedua yang dipasang di dalam negara (CKD). Model yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2017 kali ini diberikan sentuhan baharu  diinpirasikan daripada bahasa rekaan yang sama, ‘Kodo,’ yang elegan.


REKA BENTUK MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024


Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-3.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Ext-9.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Ext-8.jpg


Perubahan terbesar yang dapat dilihat pada model kali ini ialah daripada sudut depannya yang menggunakan lampu LED yang lebih tajam dalam rekaan berbentuk C, serta bampar baharu tanpa lampu kabus. Dari sudut tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 17 inci yang sama seperti dahulu.


Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-24.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Ext-27.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Ext-30.jpg


Di bahagian belakang, dapat dilihat model ini diberikan lampu belakang dalam reka bentuk baharu, sudut lain masih sama seperti dahulu. 


KABIN  MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024


Bergerak ke bahagian dalam kabin, menyerlah konsep reka bentuk dalaman minimal yang sedap dipandang. Terdapat beberapa peningkatan diberikan termasuk penggunaan sistem infotainmen bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay (tanpa wayar) dan Android Auto (berwayar), pad pengecas tanpa wayar, beberapa port pengecas USB dan tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik. 


Mazda-CX-5-Facelift-High-Int-33.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-28.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-16.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-46.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-38.jpg


Bagaimanapun, varian pertengahan ini masih lagi tidak diberikan ciri premium seperti pengudaraan tempat duduk, dan kluster instrumen yang kecil, bersaiz 4.6 inci jenis TFT. 


Mazda-CX-5-Facelift-High-Int-36.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-34.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-38.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-42.jpg


Kekurangan kecil ini dapat dimaafkan kerana secara keseluruhannya ruang CX-5  masih terasa mewah dengan penggunaan material lembut dan selesa dipegang serta balutan kulit di pelbagai bahagian kabin. 


KUALITI PEMANDUAN  MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024


Yang menariknya, peningkatan yang diberikan bukan hanya pada aspek visual, tetapi juga mekanikal SUV ini. SUV CX-5 facelift kali ini diberikan talaan semula untuk suspensi dan casis yang digunakan. Dipadankan dengan sistem G-Vectoring Control (GVC) Plus, CX-5 menjanjikan dinamik pemanduan yang lebih baik berbanding model terdahulu. 


Mazda-CX-5-Facelift-High-Rolling-11.jpg


Bagaimana, ia masih kekal menggunakan enjin  Skyactiv-G aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter yang sama, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Dengan sistem ini ia boleh menghamburkan kuasa 162 HP dan 213 NM. 


Secara jujurnya, perubahan mekanikal ini tidak dapat dirasakan dengan begitu ketara semasa sesi uji pandu kami, tetapi ini mungkin juga kerana dinamik pemanduannya sudah cukup memuaskan. Jentera ini mempamerkan keseimbangan  yang sempurna antara dinamik pemnduan yang baik dan keselesaan. 


Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-20.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-25.jpg

Mazda-CX-5-Facelift-High-Rolling-7.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Rolling-12.jpg


Apa yang pasti, kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran versi kali ini adalah lebih baik, memberikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpang depan dan belakang. Walaupun dipandu laju, kabin CX-5 kekal senyap!


Mazda-CX-5-Facelift-High-Rolling-5.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-FuelEconomy.jpg


Berkaitan tahap penggunaan minyaknya, enjin Skyactiv-G dalam unit 2.0 liter yang digunakan menawarkan purata penggunaan yang hanya 6.9 liter/100 KM. Angka ini lebih rendah berbanding angka atas kertas yang dinyatakan oleh Honda untuk unit turbo 1.5 liter bagi CR-V baharu, iaitu 7 liter/100 km. 


Sepanjang sesi pandu uji ini kami banyak menggunakannya untuk perjalanan harian dan perjalanan jarak jauh yang mencatatkan purata 8.5 liter/100 KM. 


CIRI KESELAMATAN  MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024


Mazda-CX-5-Facelift-High-Int-13.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-20.jpg
Mazda-CX-5-Facelift-High-Int-1.jpgMazda-CX-5-Facelift-High-Int-7.jpg


Di samping ciri keselamatan standard yang termasuk enam beg udaara, ABS dengan EBD dan lain-lain,  CX-5 versi facelift ini diberikan pakej keselamatan aktif yang lengkap termasuk kawalan jelajah radar Mazda (MRCC), sokongan jelajah & trafik (CTS), amaran keluar lorong dan bantuan kekal lorong (LDWS & LAS), pemantau titik buta (BSM), peringatan perhatian pemandu (DAA), sokongan brek Smart City (SCBS), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan sistem pencahayaan hadapan adaptif (AFS) dengan kawalan lampu suluh tinggi (HBC). 


ADAKAH  MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024 BERBALOI UNTUK DIMILIKI?


Dengan penambahbaikan bukan sahaja di bahagian luar dan kabin kereta tetapi juga mekanikal yang meningkatkan tahap keselesaan pemandu dan penumpang, Mazda CX-5 2.0 2WD High CKD facelift merupakan antara SUV segmen C yang menarik untuk dipertimbangkan. 


Model yang ditawarkan di pasaran pada harga RM161,469.20 (RM164,769.20  dengan warna premium) ini menjadikannya antara pilihan SUV yang dijual pada harga lebih murah berbanding beberapa pesaingnya. Pembelian ini juga adalah termasuk waranti daripada Bermaz Auto selama 5 tahun atau sehingga 100,000 km serta pakej penyelenggaraan selama 5 tahun atau 100,000 km. 


SPESIFIKASI MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024


ENJIN
 Skyactiv-G aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter, petrol
TRANSMISI
Automatik 6 kelajuan Skyactiv-Drive, pacuan roda hadapan (FWD)
KUASA162 HP @6,000 RPM
TORK
213 NM @4,000 RPM
0-100 KM/J
10.4 saat
V-MAX
176 KM/J
PENGGUNAAN MINYAK6.9 litres/100 KM (angka yang dinyatakan Mazda)
BERAT1,588 KG (bersih)
HARGA

RM161,469.20

Tidak termasuk insurans


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPY4510

SELANGOR

BSJ9884

JOHOR

JYK7349

PULAU PINANG

PRV5220

PERAK

APC3942

PAHANG

CFE793

KEDAH

KGC8984

NEGERI SEMBILAN

NEH5629

KOTA KINABALU

SJN5892

KUCHING

QAB4924M

Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.02

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.22

+0.07

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2025
Global
Kereta Baru

02-10-2025
Global

10-07-2025
Global

02-07-2025
Global

18-06-2025
Kereta Baru
Global

13-05-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.