Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Sportage 2023 kini mula ditawarkan untuk orang ramai yang  mencari sebuah SUV kos rendah tetapi lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan standard dan berteknologi tinggi. Bagaimana harganya?




Jom kita lihat!

 

Kia Sportage 2023 serba baharu kali ini ditawarkan dalam tujuh varian iaitu LX, EX, X-Line, SX, SX-Prestige, X-Pro dan X-Pro Prestige.  Kia Sportage 2023 bermula pada harga $25,990 (tolak cukai destinasi sebanyak $1,215) sehingga  $36,790 bagi varian tertinggi, X-Pro Prestige.




Model ini telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula Kia dengan slogan baharu "Movement that Inspires."

 

Bergerak ke bahagian dalam kereta, dapat dilihat rekaan kokpitnya tampil moden dan berfokus kepada pemandu. Ia dilengkapi kluster instrumen, unit paparan melengkung dwi panoramik yang menggabungkan dua paparan sekaligus pada skrin bersaiz 25 inci. Ia turut hadir dengan ciri pemantau pandangan 360 darjah berserta paparan 3D dan juga pemantau pandangan titik buta secara live.

 

Secara standard, Sportage dilengkapkan dengan lapan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS). Sementara varian yang lebih tinggi pula miliki ciri tambahan seperti FCA dengan keboleh pusingan simpang dan bantuan pengelak pelanggaran parkir undur.






Sportage generasi kelima ini mempunyai ruang kaki yang luas dengan ruang simpanan di bahagian belakang. Casis Sportage dibina berdasarkan platform N3 yang sama seperti Sorento dan memiliki bahagian yang menggunakan besi berkekuatan ultra tinggi untuk meningkatkan keteguhan dan ketegaran kilasan.




Bunyi jalan, angin dan enjin dikurangkan dengan bantuan penyerap dan bahan penebat bunyi. Barulah syok nak layan lagu sambil memandu, betul tak? Jadi, apa pendapat anda? Menarik tak Kia Sportage 2023.


Mengenai perancangan akan datang, Sportage Turbocharged Hybrid dan Plug-In Hybrid turut akan ditawarkan pada masa akan datang. Tarikh dan harga bagi kedua-dua versi ini bakal didedahkan tidak lama sebelum tarikh tempahan dibuka.




Gallery

Tag:

Kia
Kia Sportage
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026