- Berita
- Teknologi
- Kereta Manual Subaru Kini Dengan EyeSight! BRZ Model Pertama
Subaru Corporation baru-baru ini mengumumkan satu kemajuan penting dalam teknologi bantuan pemandu EyeSight. EyeSight untuk kenderaan transmisi manual (MT) akan diperkenalkan menjelang penghujung tahun ini, bermula dengan Subaru BRZ di Jepun.
Sistem EyeSight merupakan sejenis teknologi keselamatan yang menggunakan kamera stereo untuk mengenal pasti dan mengelakkan kemalangan dengan kenderaan, pejalan kaki, basikal, dan motosikal. Ia juga mempunyai beberapa lagi ciri lain dan salah satunya, kawalan pelayaran automatik. Sejak dilancarkan pada tahun 2008, kira-kira 5.5 juta kenderaan yang dilengkapi dengan EyeSight telah dijual di seluruh dunia.
Kereta manual Subaru akan dilengkapkan dengan teknologi Eyesight
Teknologi EyeSight yang baru dibangunkan untuk kenderaan MT adalah sambungan kepada sistem sebelumnya yang digunakan dalam model Subaru BRZ dengan transmisi automatik. Ia merangkumi ciri seperti brek pra-pelanggaran, kawalan pelayaran automatik, amaran keluar lorong dan amaran ayunan, peringatan kepada pemandu jika kereta hadapan bergerak di persimpangan lampu isyara, dan amaran sonar belakang.
Teknologi EyeSight yang baru telah direka untuk disesuaikan dengan ciri-ciri memandu dan operasi unik kenderaan MT, sambil mengekalkan keupayaan untuk mengelakkan kemalangan demi ketenangan pemandu dan semua penumpang.
Subaru komited untuk melaksanakan misi "Memberikan Kebahagiaan kepada Semua" dengan terus meningkatkan keselamatan melalui pendekatan komprehensif yang merangkumi teknologi keselamatan primer, pemanduan, pasif dan pencegahan. Teknik ini berdasarkan idea "Keselamatan Menyeluruh" yang bertujuan untuk memberikan keseronokan dan ketenangan kepada semua penumpang demi mencapai matlamat sifar kemalangan jalan yang membawa maut menjelang tahun 2030.
Motor Image Sdn Bhd, pengedar jenama Subaru di Malaysia, kini menyediakan sistem EyeSight dalam semua kenderaan yang ditawarkan di pasaran.
Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon
Baca: Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv