Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Bahagian Dalam MINI Cooper Pula Didedah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dengan beberapa imej teaser yang ditayangkan sejak kebelakangan ini, nampaknya MINI Cooper versi elektrik ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ini kerana bahagian luar dan dalamnya sudah pun didedahkan sebelum ini namun ada lagi info MINI Copper  yang perlu dikongsi untuk anda.

image.png

Sebelum ini, kami ada mendedahkan mengenai reka bentuk MINI Cooper dimana ia menampilkan kabin retro futuristik dengan adanya paparan berbentuk bulat.

Di sebalik penampilan yang diilhamkan secara retro, terdapat banyak lagi yang perlu dirungkai tentang paparannya kerana ia menampilkan pelbagai kemudahan moden, setanding dengan rancangan syarikat untuk melompat ke arah era digital.

Antaranya, paparan OLED 9.4-inci berfungsi dengan menggunakan Sistem Operasi MINI baharu 9. 

Ia merupakan versi terkini perisian Infotainmen BMW Group berdasarkan susunan perisian Android Open Source. 

image.pngimage.png

MINI Cooper ini didatangkan dengan antara muka Mod Pengalaman MINI yang cukup minimalis yang dioptimumkan dengan  sentuhan dan arahan suara selain terdapat tiga mod iaitu  – Core, Green, and Go-Kart.

Bercakap mengenai arahan suara, MINI Cooper baharu ini juga  didatangkan dengan bantuan suara secara alam maya.

Ia didatangkan dengan imej Bulldog yang Bernama Spike dimana ia menyediakan pelbagai akses seperti kawalan kenderaan, termasuk untuk media, panggilan telefon, navigasi serta kawalan iklim.

image.pngimage.png

Lebih penting lagi, sistem infotainmen yang berasaskan Android dilengkapi dengan sambungan 5G sekali gus membolehkan perisian melalui udara (OTA) pantas dikemaskini dengan pantas.

Sambungan berkelajuan tinggi tersebut juga membolehkan akses kepada MINI Connected Store, di mana pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi seperti permainan AirConsole, perkhidmatan penstriman media seperti YouTube, Netflix dan Spotify, dan banyak lagi.

image.png

Mengenai audio, MINI Cooper EV ini akan didatangkan dengan bunyi pemanduan baharu. 

Dimaklumkan terdapat 30 isyarat bunyi dan jingle baharu bagi membolehkan pengguna memilih dan mengoptimumkan bunyi kabin mereka.

image.png

MINI Cooper EV generasi yang akan datang ini bakal hadir dalam dua varian:  Cooper E dan Cooper SE.

Dengan semua butiran yang dikongsi MINI, nampaknya sudah masanya MINI Cooper membuat penampilan sulungnya dalam tempoh terdekat ini.

Gallery

Tag:

Mini Cooper
BMW MINI
MINI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
EV

16-10-2023
EV

20-09-2023
Teknologi

14-07-2023
Global

21-12-2022
Global

26-10-2022
Global

Selepas 10 Tahun Berehat, Mini John Kembali Beraksi

Mini John Cooper membuat kemunculan semula selepas 10 tahun berehat apabila ia kembali bersaing dalam Perlumbaan 24 Jam Nurburgring.

26-05-2022
EV

03-04-2022

Berita Terkini

Teknologi

Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video

Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.

23-02-2026
Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025