- Berita
- Teknologi
- Perhatian Buat Orang Permas Jaya!
Pengedar tunggal kenderaan Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors (Naza Eastern), membuka sebuah Pusat 3S pertama di Permas Jaya, Johor Bahru, baru-baru ini.
Pusat 3S itu dibuka selepas kejayaan Naza Eastern Motors melancarkan bilik pameran di Petaling Jaya sekitar tahun 2021.
Apapun, pusat 3S di Permas Jaya ini yang berkeluasan 7,252 kaki persegi menawarkan pelbagai kemudahan termasuk tawaran perkhidmatan jualan, alat ganti dan servis selepas jualan (3S).
Ruang pameran itu dapat menampung enam kereta selain mampu melakukan penyelenggaraan ke atas 12 kereta dalam sehari.
Malah, bilik pameran itu turut menyediakan ruang Suzuki Lifestyle Corner dimana peminat kereta Suzuki boleh menyesuaikan model Jimny dan Swift Sport mereka dengan pelbagai aksesori Suzuki Cars dan koleksi barangan eksklusif.
Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Eastern, Mohamad Irwan Shahril berkata, pihaknya sudah menetapkan perjalanan untuk menjulang semangat Suzuki.
“Ia direka teliti untuk memberikan pelanggan dengan pengalaman benar-benar mengasyikkan.
"Pusat 3S di Permas Jaya bersedia menjadi rumah kedua untuk Keluarga Kereta Suzuki di Johor yang mencerminkan persekitaran mesra bilik pameran Petaling Jaya kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Selepas pembukaan bilik pameran itu, Naza Eastern turut jentera terbaharunya, Suzuki Swift Sport (2023) .
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Suzuki Swift Sport, KLIK.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari