Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Ciri Canggih Baharu Android Auto & Google Built-In Diperkenalkan di CES 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Google-Built-In-Update-CES2024-(7).png


Google mempamerkan ciri baharu pada Android Auto & Google Built-In semasa pameran CES 2024


Google telah mengumumkan kemas kini baharu bagi perisian Android Auto dan Google Built-In semasa  Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024, yang diadakan di Las Vegas. Penambahbaikan sistem kali ini membawa pelbagai ciri dan integrasi dengan aplikasi baharu untuk kedua-dua sistem tersebut, menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik di masa hadapan.


Google-AndroidAuto-Update-CES2024-(6).pngGoogle-AndroidAuto-Update-CES2024-(5).png


Kemas kini ini menampilkan integrasi antara EV dengan Android Auto,  membolehkan pemilik EV melihat kapasiti bateri kereta mereka pada Google Maps


Untuk Android Auto, kemas kini kali ini menambahkan ciri integrasi dengan sistem EV. Salah satu contohnya ialah pengguna EV kini boleh melihat kapasiti bateri yang tinggal pada Google Maps. Yang menariknya, aplikasi Google Maps turut memaparkan anggaran tahap bateri yang akan tinggal sebaik pengguna tiba di destinasi, dan dalam masa yang sama, turut mencadangkan lokasi untuk mengecas EV di sepanjang perjalanan dengan anggaran tempoh masa pengecasan. 


Google-AndroidAuto-Update-CES2024-(1).pngGoogle-AndroidAuto-Update-CES2024-(3).png


Integrasi baharu ini dijadualkan akan diperkenalkan pada model-model EV terpilih seperti Ford Mustang Mach-E dan F-150 Lightning dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum ia mula ditawarkan kepada EV lain. Google, bagaimanapun, belum mendedahkan senarai terperinci EV yang akan mendapatkan kemas kini Android Auto baharu ini.


Google-Built-In-Update-CES2024-(5).pngGoogle-Built-In-Update-CES2024-(6).png


Google Built-In yang dikemaskini kini menyokong pelbagai aplikasi baharu, termasuk pelayar Google Chrome (kiri) dan perkhidmatan penstriman seperti Amazon Prime Video (kanan)


Seterusnya untuk Google Built-Ini, kenderaan yang dilengkapi dengan sistem infotainmen khas ini akan menerima pelbagai aplikasi baharu, termasuk Google Chrome. Selain pelayar internet tersebut, perkhidmatan penstriman seperti Crunchyroll, PBS Kids dan Amazon Prime Video, serta aplikasi informatif seperti The Weather Channel, turut akan disediakan. 


Google-Built-In-Update-CES2024-(1).png


Selain aplikasi baharu, kemas kini kali ini juga membolehkan integrasi yang lebih baik dan lancar antara peranti Android pengguna dengan perisian infotainmen Google Built-In kereta. Pengguna kini boleh merancang perjalanan jauh secara langsung dari telefon bimbit, yang kemudiannya akan dipaparkan pada skrin kenderaan.


Google-DigitalCarKey-CES2024-(2).pngGoogle-DigitalCarKey-CES2024-(1).png


Bagi kemas kini Google Built-In ini, Google telah menjalankan ujian beta pada model Volvo dan Polestar yang terpilih. Sebaik ujian tamat, kita boleh menjangkakan penggunaan sistem baharu ini pada jenama-jenama lain seperti Ford, Nissan dan Porsche menjelang hujung tahun ini. 


Selain dua kemas kini ini, Google turut mempertontonkan kunci kereta digital baharu khas untuk peranti Android. Buat masa ini, teknologi tersebut hanya ditawarkan pada kenderaan tertentu, sebelum diperluaskan kepada kenderaan dan peranti Android lain pada masa akan datang. 


Tag:

Google Built-In
Kemas Kini Google Built-In
Android Auto
Kemas Kini Android Auto
CES 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...

28-01-2025
Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Berita Auto

Nissan Almera Kini Menyokong Android Auto

ETCM telah mendedahkan kemas kini terbaru Nissan Almera, kali ini dengan Android Auto!

28-08-2023
Berita Auto

“Zoom Meeting” Dalam Kereta? Tak Mustahil Dengan Android Auto

Android Auto kini lebih canggih dengan penawaran ciri baharu, aplikasi sidang video.

14-05-2023
EV

Honda Pamer Kereta Konsep EV '0', Sebuah Sedan & Minivan Unik di CES 2024

Honda mencuri tumpuan ramai semasa CES 2024 dengan pengenalan dua kereta konsep EV.

11-01-2024
Teknologi

Tesla Bekerjasama Dengan Samsung, Integrasi Mudah Dengan Pelbagai Produk Pintar

Samsung Electronics mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat teknologi dan kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla.

09-01-2024

Berita Terkini

Teknologi

Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video

Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.

23-02-2026
Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025