- Berita
- Teknologi
- Kokpit BMW Yang Lebih Imersif Diperkenalkan Di CES 2025 – Panoramic iDrive, Pengeluaran Mula 2025
Kokpit BMW Yang Lebih Imersif Diperkenalkan Di CES 2025 – Panoramic iDrive, Pengeluaran Mula 2025
Teknologi sistem infotainmen BMW, iDrive, telah melalui pelbagai transformasi sejak ia pertama kali diperkenalkan 24 tahun lalu dengan ciri dan fungsi yang kian bertambah dan canggih. Usaha untuk memajukan sistem iDrive masih lagi tidak terhenti sehingga kini setelah syarikat automotif Jerman itu memperkenalkan versi terkini teknologi ini yang dinamakan Panoramic iDrive.
Teknologi infotainmen terbaru ini dipertontonkan semasa acara Consumer Electronics Show 2025 (CES 2025) di Las Vegas oleh pelawak terkenal Tim Meadows dan Ken Jeong di pentas BMW.

Dalam pembaharuan besar ini, BMW menghapuskan kluster instrumen biasa dan menggantikannya dengan paparan yang memanfaatkan sepenuhnya cermin hadapan kereta. Digelar sebagai Panoramic Vision, teknologi ini akan menjadi ciri standard dalam model-model baharu kenderaan elektrik (EV) generasi baharu atau Neue Klasse BMW.
Skrin ini memenuhi seluruh kepanjangan cermin hadapan, menjadikannya serupa dengan papar pandu (HUD) tetapi lebih besar, lebar dan imersif.
Sistem Pengendalian Android Baharu



Di bahagian tengah, terdapat paparan berbentuk paralelogram (segi empat tepat yang diherotkan) yang berfungsi sebagai skrin sentuh. Sistem ini dikendalikan oleh Operating System X, sistem operasi baharu BMW berasaskan Android. Sistem ini adalah kunci kepada konsep "shy tech" BMW, yang menyembunyikan fungsi tertentu sehingga diperlukan bagi mengurangkan 'kekacauan digital.'
Sebagai contoh, stereng kereta dilengkapi butang yang hanya menyala apabila fungsi tertentu aktif, seperti menerima atau menolak panggilan.
Fokus Terhadap Keselamatan & Kurangkan Gangguan

BMW menjelaskan bahawa pendekatan ini bukan sahaja menjadikan kawalan lebih mudah untuk diakses tetapi juga mengurangkan gangguan dan meningkatkan kesedaran situasi pemandu.
Pelancaran Model Baharu Neue Klasse Tahun Ini
Teknologi Panoramic iDrive dijangka akan ditawarkan dalam model pertama Neue Klasse yang dijadualkan memasuki fasa pengeluaran tahun ini.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv