Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini 8 Sebab Kenapa Volvo XC90 Recharge SUV Mewah Terbaik

Sofea Najmi

26-6-2023

Kongsi melalui

VOLVOC90-22.jpg

Diperkenalkan pada tahun 2015, Volvo XC90, ialah antara SUV mewah yang telah lama berada di pasaran. Baru-baru ini, CariCarz berpeluang untuk memandu uji XC90 Recharge dalam versi T8 AWD Ultimate. 

Berdasarkan pengalaman selama beberapa hari dengan SUV ini, penulis kongsikan LAPAN sebab kenapa XC90 Recharge masih relevan dan menarik untuk dipertimbangkan pada tahun 2023, jika dibandingkan dengan pesaing baharu dan SUV mewah lain yang lebih mahal. Teruskan membaca...

#1 Reka Bentuk Luaran Yang Gah

Walaupun kian ‘meningkat usia’, reka bentuk XC90 kekal kelihatan elegan dan ‘segar’, mungkin ini membuktikan kemampuan Volvo untuk menghasilkan reka bentuk yang evergreen?

VOLVOC90-155.jpgVOLVOC90-38.jpg

Ciri mewah model ini terserlah daripada penggunaan warna krom pada beberapa bahagian badan kereta seperti gril hadapan,  liang ambilan udara pada bampar bawah, pemegang pintu, kemasan pintu, sekeliling cermin, rel bumbung, dan kemasan bampar belakang. 

VOLVOC90-16.jpg

VOLVOC90-36.jpgVOLVOC90-19.jpgVOLVOC90-33.jpgVOLVOC90-25.jpg

Menambahkan lagi pesona model ini adalah penggunaan warna baharu, Bright Dusk, yang kelihatan sempurna apabila digabungkan dengan warna krom yang dikatakan.

Selain itu, SUV gergasi ini turut dilengkapi dengan rim aloi 20 inci yang bergaya jenis multi-spoke. 

#2 Kabin Beraura Premium Seperti Hotel

Bukan hanya kelihatan mewah di luar, di bahagian dalamnya juga menyerlahkan aura yang sama. Ciri premium dapat dilhat daripada penggunaan lapisan venier kayu asli, upholsteri kulit mewah, serta tombol gear kristal Orrefors. 

VOLVOC90-69.jpg

Selain itu, XC90 menggunakan sistem pendingin udara jenis multi-zone yang membolehkan penumpang belakang di barisan kedua mengawal pendingin udara sendiri melalui panel kawalan iklim yang diletakkan di bahagian atas corong pendingin udara belakang. ‘Kedinginan’ untuk penumpang belakang bertambah dengan adanya pendingin udara pada tiang B, sementara barisan ketiga, pada tiang C. 

Untuk hiburan, kabin XC90 dipasangkan dengan sistem audio premium Bowers & Wilkins 19-speaker dengan kuasa 1,410 watt. Kelengkapan menarik lain ialah bumbung suria panoramik jenis kaca. 

#3 Padat Dengan Teknologi

Untuk sebuah kenderaan yang diperkenalkan hampir sedekad yang lalu, teknologi yang hadir di dalam SUV ini cukup mengagumkan. Model ini dilengkapkan dengan sistem infotainmen 9 inci yang dikuasakan oleh Google dengan pelbagai aplikasi penting seperti Google Maps, Google Assistant dan sebagainya. 

VOLVOC90-89.jpgVOLVOC90-96.jpg

Pengguna Apple? Jangan risau, sistem infotainmen ini turut boleh menyokong sambungan dengan Apple CarPlay secara berwayar. 

Untuk pengecasan, terdapat empat port USB-C (dua di bahagian depan dan dua di belakang). Turut disediakan, pad pengecas tanpa wayar pada konsol tengah. 

VOLVOC90-85.jpgVOLVOC90-70.jpg

Pengguna juga boleh memanfaatkan pelbagai lagi teknologi lain seperti paparan intrumen digital 12 inci serta paparan-di-kepala (HUD) yang boleh memaparkan pelbagai informasi seperti sistem navigasi dan keselamatan (ADAS). 

#4 Kecanggihan Enjin 

Sistem hibrid plug-in XC90 membuatkan SUV ini memiliki kemampuan yang sama seperti kereta dengan saiz badan yang lebih kecil. SUV seberat dua tan ini boleh melakukan pecutan seperti kereta yang berbadan lebih ringan. 

VOLVOC90-106.jpg

Model ini menggunakan enjin turbo 4 silinder 2.0L dengan output 315 hp/400 Nm yang menggerakkan roda hadapan. Enjin ini dibantu oleh daya tambahan di bahagian belakang yang digerakkan oleh motor elektrik, memberikan kuasa tambahan 143 hp/309 Nm. 

Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan semua roda (AWD) melalui transmisi automatik 8 kelajuan. Secara keseluruhan, ia memberikannya jumlah output sistem yang tertinggi dalam segmen, iaitu 455 hp dan tork 709 Nm, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat.

VOLVOC90-157.jpg

Untuk pengecasan, bateri lithium-ion 18.8 kWh yang digunakan boleh memberikan jarak pemanduan sejauh 77 km. Bateri ini boleh dicas semula dengan menggunakan pengecas AC 3.6 kW dalam masa kira-kira 3 jam, tetapi anda juga boleh melakukan pengecasan dengan menggunakan enjin 4 silinder dengan mengaktifkan mod pemanduan 'Charge'.

VOLVOC90-1.jpgVOLVOC90-7.jpg

Selain mampu mencapai prestasi yang baik, sistem elektrik separa yang digunakan membolehkan  XC90 T8 Recharge memiliki kadar penggunaan bahan api yang rendah, serendah 1.3L/100 km. 

#5 Keselesaan Pemanduan

Semasa duduk di kerusi pemandu, dapat dirasakan badan terletak kemas yang dapat dimaksimumkan lagi dengan ciri pelarasan automatik lumbar empat arah. Ciri penting untuk keselesaan perjalanan jarak jauh. 

VOLVOC90-124.jpgVOLVOC90-133.jpg

Dari segi pemanduan, ketika membuat pusingan di selekoh 180 darjah, penulis dapat merasakan betapa ‘gergasinya’ saiz SUV ini, lebih-lebih lagi untuk penulis yang menggunakan kereta secomel Axia untuk kegunaan harian. Namun XC90 masih terasa mudah untuk dikawal kerana tahap responsif tinggi kenderaan terhadap pusingan stereng. 

Yang penting, pengalaman selama beberapa hari dengan XC90 membuktikan ia sebuah kenderaan yang stabil, ini dibantu oleh sistem suspensi udara pintar yang digunakan pada XC90 yang dapat mengurangkan ayungan atau sway badan kereta. 

Apabila melalui jalan yang tidak rata, SUV kekal selesa, dan mampu menyerap ketidaksempurnaan jalan dengan baik. 

#6 Ruang Kabin Yang Luas

Sebagai sebuah SUV sederhana, ruang bukanlah satu isu bagi XC90 Recharge. Dengan jarak antara roda hampir tiga meter (2,984 MM), penumpang di baris kedua boleh duduk dengan selesa dengan ruang kaki hampir sepanjang satu meter, serta ruang kepala dan ruang bahu yang cukup lapang. 

VOLVOC90-60.jpgTempat duduk barisan kedua


VOLVOC90-58.jpgVOLVOC90-59.jpgTempat duduk barisan ketiga

Tempat duduk baris ketiga agak sempit berbanding tempat duduk baris kedua namun masih lagi direka agar sesuai untuk penumpang dewasa, berbeza dengan kebanyakan SUV lain yang kebiasaannya hanya selesa untuk kanak-kanak. 

#7 Ruang Simpanan Yang Besar

Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat, ruang kargo XC90 T8 Recharge boleh mencapai kapasiti 640 liter, dan ini boleh diperluaskan lagi hingga 1,816 liter apabila tempat duduk baris kedua juga dilipat. 

VOLVOC90-45.jpgVOLVOC90-48.jpg

Akses ke ruang ini cukup mudah kerana pintu but boleh dibuka secara automatik dengan pengesan tendangan. Penggunaan sistem suspensi udara yang disebutkan sebelum ini juga membolehkan tahap ketinggian kereta diubah untuk disesuaikan dengan keadaan bagi memudahkan penggunan mengangkut barangan keluar atau masuk kenderaan. 

Secara keseluruhan, XC90 T8 Recharge menjanjikan ruang yang cukup luas bukan hanya untuk keselesaan penumpang tetapi juga untuk penyimpanan barang. 

#8 SUV Mewah Pada Harga Paling Berpatutan Berbanding Pesaingnya

Meskipun merupakan SUV tiga baris dengan tujuh tempat duduk, XC90 T8 Recharge masih diklasifikasikan sebagai SUV bersaiz sederhana yang termasuk dalam segmen E, yang kebiasaannya terdiri daripada SUV dengan lima tempat duduk.

Ini membuat harga jualannya, RM432,888 terasa sangat berpatutan. Lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan dua pesaing terdekatnya - BMW X5 PHEV dan Mercedes-Benz GLE 450 - yang masing-masing memiliki harga yang lebih tinggi, iaitu RM456,620 dan RM515,888.  

VOLVOC90-21.jpg

XC90 bukan hanya model yang paling murah berbanding dengan pesaing jenama Jerman lain tetapi juga lebih berkuasa dan luas. Walaupun ada yang berpendapat BMW menawarkan dinamik pemanduan yang lebih baik dan Mercedes pula lebih mewah, tetapi tidak dapat disangkal lagi, XC90 T8 Recharge, menawarkan keseimbangan antara keduanya dengan baik, mewah dan seronok dipandu. 

Bagaimana? Setuju dengan pendapat penulis? Kongsikan di ruangan komen yang disediakan di bawah. 

VOLVOC90-13.jpg


Tag:

Ulasan Kereta
Pandu Uji
Volvo XC90
Volvo XC90 Recharge T8 AWD Ultimate
XC90 Recharge
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

[PANDU UJI] Honda CR-V 2.0 e:HEV RS – Model Sporty yang Jimat Minyak & Praktikal!

Honda CR-V 2.0 e:HEV RS merupakan SUV hibrid yang ditawarkan di pasaran sebagai ‘jawapan’ kepada permintaan terhadap kenderaan elektrik hibrid yang semakin meningkat. Adakah ini hanya sekadar model yang menjanjikan penjimatan bahan api atau lebih lagi?

01-10-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max

Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.

04-08-2024
EV

Kami Dah Uji Banyak EV, Ini 5 Model Yang Terbaik

Sepanjang tahun lalu kami telah menguji pelbagai model EV, ini yang terbaik...

04-01-2024
Pandu Uji
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia

Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.

06-11-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?

Ini pendapat jujur kami tentang Honda Civic e:HEV RS dan kenapa ini varian Civic terbaik.

08-08-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hilux GR Sport: Trak Sporty Dengan Suspensi Padu

Ini ulasan jujur kami mengenai Hilux GR Sport.

23-07-2023

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025